Berita Terkini
recent

Hasrat DSV Bawa Anak Tahfiz Tunai Umrah Tercapai

Siapa yang tidak mengenali pengasas Syarikat produk kecantikan Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali DSV yang sentiasa mencuri perhatian dalam apa jua yang dilakukannya.

Malah, sebelum ini beliau telah menyatakan hasrat beliau untuk membawa 18 pelajar yang terbabit dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung beberapa bulan yang lalu.


Kini, hasratnya telah tercapai. Menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, DSV mengakui dia telah lama menyimpan hasrat itu dan beberapa kali rancangannya tergendala akibat mengalami beberapa masalah.

“Alhamdulillah, setelah banyak kali tergendala akhirnya impian saya tercapai untuk membawa anak-anak tahfiz tunaikan Umrah.

“Cuma saya tidak boleh pergi bersama mereka. Apabila saya balik dan kini giliran mereka yang pergi. Takpelah, yang penting lepas hasrat saya.

“Selepas ini saya merancang untuk bawa pengguna Pamoga yang pulih dari penyakit yang tak sangka boleh sembuh selepas minum Pamoga untuk saya bawa ke umrah,” tulisnya.



Perkongsian pelantun lagu I Am Me itu telah menerima lebih daripada 82,000 tontonan setakat ianya dimuat naik lima jam yang lalu . Rata-rata pengikutnya mengakui kagum dengan sikap baik yang ditunjukkan jutawan itu.

Ruangan komen di Instagram DSV juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial. Ada juga yang berharap agar lebih ramai jutawan bersikap seperti DSV.

Malah, Selain pakej umrah itu, beliau juga bercadang untuk membawa semua mangsa untuk bercuti bagi merawat trauma mereka.

Kagum betul Kakigosip dengan sikap DSV. Kami doakan agar DSV dimurahkan rezeki.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.