Berita Terkini
recent

Hantaran Diminta, Senaskah Al Quran Yang Dibaca Oleh Bakal Suami Hingga Khatam

Ahad lalu telah berlangsungnya majlis pertunangan adik kepada pelakon terkenal, Umie Aida iaitu Betty Rahmad dan jejaka pilihan hatinya, Ardy Damis.

Berita tentang pertunangan mereka ini dikongsikan sendiri oleh kaum keluarga juga para sahabat mereka menerusi media sosial.

Menerusi akaun Instagram milik Umie, dia ada berkongsi gambar Betty dan tunangnya dan di ruangan kapsyen dia menyatakan bahawa pihak wanita meminta hantaran senaskah Al Quran.
“Hantaran yg diminta dari pihak perempuan.. senaskah Al Quran yang harus dibaca habis oleh @ardydamis sehingga khatam . InsyaAllah.. ada masa 2 bulan dari sekarang. Kita doakan sama2 semoga segalanya diberkatiNYA.. Aamiin… @bettyrahmad @ardydamis #damisandbetty,” tulis kapsyen Umie.

Sudah menjadi kelaziman setiap dulang hantaran di majlis nikah pasti salah satunya berisi senaskah Al Quran.

Apa yang membezakan kali ini adalah apabila pihak wanita meminta senaskah Al Quran yang telah dibaca sehingga khatam daripada bakal suami Betty.

Mungkin ianya pernah dilakukan oleh segelintir pasangan pengantin di luar sana cuma kurang terdedah kepada pengetahuan ramai.

Rata-rata pengikut Umie di Instagram juga turut setuju dengan apa yang diminta oleh pihak wanita dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.asnaiter: InsyaAllah..9 muka surat selepas setiap solat setiap hari.. 15 hari boleh qatam…

iamsalsabila: Alhamdulillah. Happy for betty. Semoga lelaki ini akan menjadi suami yang soleh dan sentiasa membimbing betty ke jalan allah. Insyaallah. 💋💋

muslimah_swimwear: Baca dan dalami dan sampaikan..i-Allah berkah dlm hidupnya..amin.

wa_wafa: Bagusnya tak membebankan pihak lelaki kan..semoga di berkati Allah

Selamat bertunang dan Kakigosip mendoakan agar hubungan pasangan ini diberkati dan segala urusan menuju hari bahagia dipermudahkan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.