Berita Terkini
recent

Hafiz Hamidun Dan Joy Sah Bercerai

Kini berakhirlah segala kontroversi yang melibatkan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun dan pengasas kosmetik terkenal, Joy Revfa selepas mereka sah bercerai talak satu semalam.

Menurut Sinar Harian, Hafiz telah melafazkan cerai pada jam 4.10 petang di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling selepas Hakim Syarie, Shukran Yusof membenarkan permohonannya untu bercerai secara baik.

Hafiz telah meluahkan rasa lega apabila kemelut rumah tangganya sudah berakhir.

“Saya bersyukur apabila episod berbulan -bulan ini tamat hari ini. “Saya dan keluarga ikhlas maafkan Joy dan tiada dendam terhadapnya,” katanya.

Kata Hafiz lagi, dia percaya setiap yang berlaku antara dirinya dan bekas isteri pasti ada hikmah yang tersendiri.

“Saya harap orang lain juga ambil pengajaran dan saya juga belajar sesuatu,” katanya.

Joy juga turut berkata, dia bersyukur kerana segalanya sudah selesai dan kini mahu menumpukan perhatian kepada anak dan perniagaannya.
“Saya bersyukur ianya selesai dan akan memfokuskan kehidupan dengan anak serta perniagaan kosmetik,” katanya.

Terdahulu, Hafiz dan Joy telah bernikah pada 1 Mei hanya dengan sekali lafaz di Masjid Negeri, Shah Alam.

Namun apakan daya sudah tertulis jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya memilih untuk berpisah.
Pelbagai kontroversi hinggap kepada mereka dan kini biarlah segalanya berlalu dan biarlah mereka hidup dengan haluan masing-masing.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.