Berita Terkini
recent

Hafidz Roshdi Rindukan Humairah

PELAKON Hafidz Roshdi memberitahu kehidupan dia berubah setelah kehadiran cahaya mata sulungnya yang diberi nama Humairah.

Menurut Hafidz, 23, dia kini melalui satu fasa baharu dalam hidup apabila sudah bergelar bapa pada 9 September yang lalu.

"Alhamdulillah, Humairah sudah berusia lebih sebulan dan dia membesar sihat. Tidak banyak ragam.

"Paling ketara, saya nampak perubahan pada diri saya, menjadi lebih matang dan mula belajar mengenai tanggungjawab sebagai seorang bapa.

"Sekarang ini, keluarga sudah menjadi keutamaan dan anak merupakan anugerah terindah dalam hidup saya ," katanya .

Hafidz ditemui di sidang media Anugerah Skrin 2017 (ASK17) di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Hafidz memaklumkan dia tidak boleh berenggang dengan Humairah dan tidak sabar untuk pulang ke rumah selepas bekerja.

Tambahnya, perasaan rindu sentiasa ada, lebih-lebih lagi jika perlu meninggalkan anaknya itu dalam jangka waktu yang agak panjang.

"Kalau dulu terbayang isteri, sekarang teringat anak pula, kalau boleh nak habiskan kerja cepat dan pulang ke rumah.

"Melepak pun dah kurang, sekarang saya baru faham perasaan rindu dan sayang seorang bapa pada anaknya" katanya.

Hafidz dan isteri, Shuhada bahagia melayari alam rumahtangga dan mahu lebih ramai cahaya mata.
Ditanya mengenai perancangan menambah cahaya mata, Hafidz tanpa berselindung mengakui bersedia membesarkan lagi jumlah keluarganya.

"Orang kata masa muda-muda ni elok tambah anak, jadi saya bersedia menerima zuriat lagi.
"Kalau ikutkan saya dengan isteri nak empat orang anak. Tapi kalau rezeki lebih, kami terima saja," ujarnya.

Hafidz sah bergelar suami kepada Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April tahun lalu di Perlis.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.