Berita Terkini
recent

Grup Wanna One bakal datang ke Malaysia, Januari ini

PARA peminat grup paling popular Korea Selatan, Wanna One iaitu Wannable kini boleh menarik nafas lega apabila kumpulan tersebut akan menjejakkan kaki ke Malaysia tahun depan.

Ahli yang terdiri daripada Kang Daniel, Lai Kuan-lin , Hwang Min-hyun,Lee Dae-hwi,Bae Jin-young, Ha Sung-woon,Park Woo-jin, Yoon Ji-sung, Ong Seong-wu, Kim Jae-hwan dan Park Ji-hoon bakal mengadakan majlis bertemu peminatnya bertempat di Stadium Negara pada 19 Januari kelak.

Ternyata khabar ini amat mengembirakan para 'Wannable' yang selama ini amat mengharapkan kehadiran mereka di Malaysia seperti pengguna Facebook, Adzura Wawa Prim.

"Yeay, 'burn it up' Wanna One, sayang anda semua," tulisnya.

Turut bersetuju merupakan pengguna Facebook, Nur Huda.

"Mimpi jadi kenyataan, yes!" tulisnya.

Sementara itu, pengguna Facebook, Elaine Myeoni mengucapkan terima kasih penganjur.

"Terima kasih IME (penganjur) kerana bawa mereka ke sini," tulisnya.

Belakangan ini, sudah ramai artis Kpop hadir ke Malaysia memandangkan terdapat banyak permintaan daripada peminat yang mahu melihat artis kesayangan mereka secara dekat.

Wanna One terbentuk daripada 11 anak muda yang mendapat tempat pertama hingga kesebelas dalam rancangan realiti 'Produce 101'.

Cukup setahun, kumpulan ini akan dibubarkan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.