Berita Terkini
recent

Girls Generation Takkan Bubar

Kumpulan popular, Girls' Generation (SNSD) ketika ini menjadi bualan hangat peminat muzik KPop ekoran berita mengejutkan, tiga anggota iaitu Sooyoung, Seohyun dan Tiffany memutuskan tidak lagi meneruskan kontrak bersama SM Entertainment.



Meskipun kekurangan anggota, syarikat pengurusan dan agensi berpengaruh tersebut menegaskan SNSD tidak akan dibubarkan.

Memetik laporan media Korea, SM berjanji pihaknya akan mengadakan perbincangan mengenai perancangan untuk 'menyatukan' semula semua anggota dan mereka akan terus aktif sebagai sebuah girl group. Namun sekiranya keputusan yang diperolehi gagal, SNSD tetap akan meneruskan promosi dengan lima anggota.

Bagaimanapun, kenyataan SM itu gagal meyakinkan peminat sebaliknya mengundang komen berbaur sindiran daripada kalangan netizen. Rata-rata beranggapan, ia seperti SM telah mengumumkan pembubaran kumpulan yang cukup popular dengan lagu seperti Gee

"Dengan separuh member pergi, pada dasarnya ini adalah pembubaran," tulis seorang peminat.

"5 anggota. Ini memang pelik," komen seorang lagi.

"Mereka boleh menjadi seperti kumpulan Shinhwa yang bekerja dari agensi lain tetapi tetap boleh aktif sebagai satu kumpulan," komen yang lain.

Ditubuhkan pada tahun 2007, anggota lain SNSD terdiri daripada Sunny, Yuri, Yoona, Taeyeon dan Hyoyeon.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.