Berita Terkini
recent

Gerard Butler Kemalangan Motosikal

PELAKON terkenal Hollywood, Gerard Butler terlibat dalam kemalangan jalan raya di Los Angeles selepas motosikal ditunggangnya terbabas.

TMZ melaporkan Gerard, 47, terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan namun keadaannya tidak serius.

Ketika kejadian pelakon filem 300 itu sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson miliknya sebelum ia terbabas.

Bagaimanapun kemalangan itu tidak melibatkan pihak ketiga.

Selain berlakon, Gerard memang dikenali peminatnya sebagai seorang yang gemarkan motosikal berkuasa tinggi dan sering melibatkan diri dalam acara-acara melibatkan motosikal.

Dalam pada itu, Gerard dilaporkan akan meneruskan aktiviti promosi filem terbaharunya, Geostorm yang baharu sahaja ditayangkan di pawagam sejak 12 Oktober lalu.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.