Berita Terkini
recent

Gelaran Oxford, potret Suu Kyi diturunkan

Gelaran 'Freedom of Oxford' yang diberikan kepada Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi ditarik oleh bandar Oxford, Britain.

Menurut laporan Telegraph, Datuk Bandar Oxford, Bob Price mengatakan Suu Kyi 'tidak bersuara secukupnya' mengenai penindasan etnik Rohingya di Myanmar.

Gelaran tersebut diberikan pada Suu Kyi pada 1997 ketika beliau masih berada dalam tahanan politik tentera Myanmar.


Sementara itu, kolej universiti St. Hugh's juga menurunkan potret Suu Kyi yang digantung berhampiran pintu masuk universiti berkenaan sejak 1999.


Potret Suu Kyi yang merupakan bekas pelajar St. Hugh's tersebut dimiliki oleh Michael Aris yang juga merupakan bekas pelajar universiti sama.

St. Hugh's bagaimanapun tidak memberi sebab mengapa potret Suu Kyi diturunkan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.