Berita Terkini
recent

Gelaran ‘Datuk’ Boy Iman Disiasat

Beberapa hari ini heboh di media sosial tentang kes seorang pelakon, Datuk Boy Iman yang sedang disiasat atas dakwaan menipu orang ramai dalam pembelian rumah.

Menurut Sinar Harian, Boy direman bermula semalam hingga hari ini oleh pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan membabitkan pembelian rumah.

Sebelum ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani berkata, Boy yang merupakan Pengarah Urusan DBI Properties ditahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas dakwaan menipu jualan rumah sehingga membabitkan nilai RM6.2 juta.

Sumber daripada Harian Metro pula memberitahu, gelaran ‘Datuk’ yang diterima oleh Boy sedang dalam siasatan oleh Kerajaan Negeri Pahang.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, pihak mereka ketika ini sedang membuat semakan sama ada benar atau tidak pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) itu diterima dari Istana Pahang.

“Semua dalam siasatan, saya tidak pasti. Tindakan boleh diambil jika menggunakan gelaran Datuk tanpa pertauliahan.

“Jika benar gelaran itu diterima, setiap penerima perlu menjaga etika dan kemuliaannya agar institusi istana terpelihara,” ujarnya.

Boy sebelum ini mendakwa dia menerima pingat yang memberikan gelaran Datuk tersebut dari Istana Pahang dan gambarnya memakai pingat kebesaran itu tular di media sosial.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.