Berita Terkini
recent

Gegar Vaganza kembali menggegar

MUSIM keempat Gegar Vaganza (GV4) menampilkan kejutan apabila pengacara terkenal Raja Azura dan pelakon Aqasha antara 12 peserta program realiti nyanyian popular itu.

Turut memeriahkan pentas GV4 ialah penyanyi Indonesia, Firman Siagian dan Ferhad dari Singapura.

Pada sidang media hari ini, Raja Azura berkata, dia menyertai program realiti terbitan Astro Ria itu selepas sudah 20 tahun meninggalkan bidang nyanyian.

"Saya pernah menjadi pengacara, penyampai radio, pelakon dan juga penyanyi, cuma saya belum merasa pengalaman menjadi peserta program realiti. Disebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk kembali menyanyi menerusi GV," katanya.

Menurut Raja Azura, dia sudah bersedia menerima kritikan daripada juri tetap Datuk Ramli MS yang juga pengarah muzik terkenal.

Peserta lain GV4 ialah Aishah, Syura Badron, Lan Kristal, Elyana, Tia Jinbara, Hazami, Haida dan Liza Hanim.

Seperti musim lalu, Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih kekal sebagai pengacara.

Konsert mingguan GV akan bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur setiap Ahad, jam 9 malam mulai 29 Oktober ini di saluran Astro Ria.

Masih mengekalkan format asal, juara GV4 akan membawa pulang wang tunai RM100,000.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.