Berita Terkini
recent

Gara-gara Kasut Tumit Tinggi, Zara Zya Masuk Hospital

Terdahulu, kita dikejutkan dengan berita pelakon cantik, Zara Zya yang telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kelenjar di bahagian tepi pipinya yang boleh menyebabkan kanser sekitar Julai yang lalu.

Terbaru, Kakigosip mendapat berita bahawa pelakon drama Tuan Anas Mikael dimasukkan sekali lagi ke hospital.

Menerusi entri terbaru di Instagram miliknya, dia ada memberitahu bahawa kaki dan bahagian tulang belakangnya tiba-tiba merasa sakit sehingga menyebabkan dia sukar untuk berjalan.

Disebabkan itu, dia merasa panik kerana dia tidak boleh berjalan sehingga terpaksa membatalkan hasratnya untuk ke lokasi penggambaran bagi mendapatkan rawatan di hospital.

“Kejadian semalam..bila terjaga waktu pagi, kaki dengan tulang belakang saya sakit sangat. Tak boleh jalan. Hasrat nak pegi shooting tergendala. Nervousnya masa tu Allah je tahu.” Katanya di ruangan kapsyen.

Zara juga mendedahkan kejadian ini disebabkan tabiatnya yang suka memakai kasut tumit tinggi setiap masa.



“Hurmmmm sebabnya ialah hari-hari pakai kasut tumit tinggi. Shooting pakai, masa jalan-jalan pakai. Dan terlalu banyak berdiri. Nahhhh Allah tarik nikmat untuk seketika.”

Malah, Zara juga sempat berpesan kepada wanita di luar sana agar dapat mengurangkan memakai kasut tumit tinggi bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku.

Sementara itu juga, dia memaklumkan keadaanya yang kini beransur pulih dan sudah dibenarkan keluar dari hospital.

“Sekarang ni saya nak ingatkan semua para gadis, para wanita pleaselah kurangkan pakai high heels okay. Alhamdulilah sekarang saya okay.” Ujarnya.

Perkongsian Zara telah menerima lebih daripada 29,013 likes setakat ini. Malah, ruangan komen di Instagram Zara juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang begitu bimbang mengenai kesihatannya.

Rata-rata pengikutnya berpesan agar Zara dapat mengurangkan memakai kasut tinggi dan berharap agar aktress itu cepat sembuh.

Syukur Zara semakin pulih, Kakigosipharap semuanya akan kembali normal seperti biasa. Apa pun Zara jangan ambil mudah dan jangan lupa untuk kurangkan memakai kasut tumit tinggi.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.