Berita Terkini
recent

Foto Katie Holmes Tertidur Dalam Subway Tular

Ramai tahu, Katie Holmes merupakan salah satu aktres A-List Hollywood dan kredibilitinya sebagai pelakon tidak pernah diragui. Tidak hairanlah dia dapat menikmati dunia popularitinya sedari usia muda lagi.

Namun faktanya, wanita berusia 38 tahun ini termasuk salah satu selebriti Hollywood yang menjalani kehidupan dengan cara sederhana. Bukan saja sering berpenampilan ringkas seperti orang biasa malah Katie juga punya gaya hidup yang sangat jauh dari status hidup mewah seperti mana artis-artis lain.

Buktinya, gambarnya sering dirakam ketika dia menaiki Subway (pengangkutan awam iaitu keretapi). Baru-baru ini dia menaik Subway di kawasan Manhattan, New York.

Apa yang menjadi bualan ramai gara-gara salah satu kamera paparazzi berjaya merakamkan satu momen yang mencuri perhatian - bekas isteri Tom Cruise ini tertidur di dalam subway.

..

Dalam gambar tersebut menunjukkan Katie yang memakai cermin mata hitam seolah-olah keletihan. Kepalanya terlentuk dan dipercayai dia tertidur.

Foto tersebut tersebar di laman sosial sekaligus menjadi bualan hangat para peminat.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.