Berita Terkini
recent

Filem Tombiruo: Penunggu Rimba kini di pawagam

TINGGAL kurang dari 24 jam lagi filem yang dinanti ramai Tombiruo: Penunggu Rimba bakal menjengah pawagam berdekatan.

Filem aksi yang diadaptasi daripada novel Tombiruo karya Ramlee Awang Murshid ternyata dinanti-nantikan oleh  penonton khususnya peminat novel tersebut apabila dunia 'Tombiruo' tersebut bakal menjadi nyata.

Tidak cukup dengan itu, filem ini turut menampilkan barisan pelakon yang cukup mantap terdiri daripada Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Datuk M.Nasir dan ramai lagi.


Selain itu, filem ini turut diarahkan oleh dua Pengarah iaitu Nasir Jani dan Seth Larney serta menyaksikan gabungan empat syarikat iaitu Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan berkolaborasi buat kali pertama selaku penerbit.


Sementara itu, para peminat turut sama menyatakan rasa teruja untuk menonton filem ini seperti pengguna Facebook, Mospirah Iraney.

"Dah baca novel, nak tengok filem pulak," katanya.

Turut menyokong adalah Mohd Hairey.

"Novel terbaik dari Bro Ram (Ramlee) kini di layar perak, tak sabar nak tonton," tulisnya.

Dalam pada itu, ada juga peminat yang mahu menonton filem ini kerana para pelakonnya seperti Auni Damia.

"Jom, Zul Ariffin berlakon," tulisnya.

Ada juga yang melahirkan rasa kagum apabila melihat 'trailer' filem ini seperti Ayie Mie

"Macam best je filem ini, mula-mula aku ingat cerita luar negara," tulisnya.

Filem ini mengenai Ejim, lelaki bertopeng yang digelar sebagai Tombiruo oleh penduduk di Sabah kerana menganggapnya sebagai penunggu rimba.

Kehadiran Tombiruo penuh misteri dan sering ditakuti serta dicaci oleh penduduk kampung.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.