Berita Terkini
recent

Filem Tombiruo dapat perhatian media luar negara

BELUM pun ditayangkan di pawagam, filem Tombiruo yang diadaptasikan daripada novel tajuk sama karya Ramlee Awang Murshid mendapat publisiti daripada media luar negara, Forbes.

Filem yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya serta dialek Sabah iaitu Kadazan-Dusun dan menyaksikan dua gandingan pengarah mantap dari dalam dan luar negara iaitu Nasir Jani dan Seth Larney.




Nasir popular dengan karyanya seperti Kembara Seniman Jalanan manakala Larney pula berbangga dengan hasil kerja beliau dalam filem The Matrix Reloaded dan Revolution, Star Wars: Revenge of The Sith, X-Men Origin: Wolverine, The Lego Movie: Piece de Resistence dan The Guardian of Ga'Hoole.


Produser filem ini merupakan terbitan Astro Shaw dan juga Grup Buku Karangkraf serta merupakan debut Ideate Media untuk menembusi pasaran tempatan dengan kerjasama AMC Studio dan IDW Entertainment.


Berkata kepada Forbes, Larney berkongsi pengalaman mengarah  Tombiruo menjadikan ini filem Melayu arahan pertama beliau.

"Saya berasa seronok untuk berkongsi pengalaman saya sebelum ini pada filem Tombiruo dan pada masa yang sama belajar perkara baru mengenai penggambaran filem di Malaysia," katanya.

Sementara itu, Astro Shaw turut bekerjasama dengan 42 Entertaiment yang berpangkalan di Los Angeles untuk membina suasana seperti di dalam novel tersebut.

Tombiruo akan mula ditayangkan di pawagam pada 12 Oktober ini.

Syarikat tersebut pernah bekerjasama dengan beberapa francais terkemuka Hollywood termasuklah DC Comics, Marvel, Indiana Jones, Tron, Star Trek dan Halo. Penggredan VFX dan warna filem tersebut pula dilakukan oleh Imagica SEA di Pinewood Studios Malaysia.

Filem ini diterajui pelakon terkenal tanah air iaitu Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda dan Faizal Hussein mengisahkan Ejim, lelaki bertopeng yang digelar sebagai Tombiruo oleh penduduk di Sabah kerana menganggapnya sebagai penunggu rimba.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.