Berita Terkini
recent

Filem Han Solo dah ada tajuk

FILEM kisah awal Han Solo, watak kesayangan dalam siri Star Wars, kini sudah diberi tajuk yang diumumkan oleh pengarahnya, Ron Howard.

Howard mendedahkan tajuk 'Solo: A Star Wars Story' dalam video menerusi laman Twitternya, 12.08 tengah malam tadi.

Howard turut memberitahu penggambaran bagi filem itu sudah tamat.

Beliau mengambil alih penerbitan filem itu daripada dua lagi pengarah yang diberhentikan, awal tahun ini.

Filem itu mengikuti jejak awal Han Solo yang pada pertama kali dilakonkan Harrison Ford dalam siri Star Wars tayangan 1977.

Solo: A Star Wars Story akan ditayangkan pada 25 Mei 2018.

Watak Han Solo dalam filem baru ini dilakonkan oleh Alden Ehrenreich manakala Donald Glover melakonkan watak Lando Calrissian yang dilakonkan oleh Billy Dee Williams dalam siri Star Wars asal.

Filem Han Solo ini adalah kisah kedua daripada tiga filem berdiri sendiri Star Wars yang bermula dengan Rogue One: A Star Wars Story, tahun lalu.

Filem Solo ini juga adalah sebahagian daripada perkembangan siri Star Wars yang dihidupkan semula dengan filem blockbuster 2015, Star Wars: The Force Awakens.

Ia mencatat kutipan lebih $2 bilion (RM8.45 bilion) dalam tayangan sedunia.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.