Berita Terkini
recent

Fasha Pilih Berdamai

PELAKON popular Fasha Sandha bersyukur semua masalah berakhir apabila memilih berdamai dengan bekas suami bagi menyelesaikan dua kes mahkamah yang difailkan mereka sebelum ini.

“Segalanya sudah saya nyatakan di laman sosial dan tidak mahu komen lanjut perkara ini.

“Apa boleh saya katakan, segalanya selesai secara baik. Semua kes ditarik balik dan kami berdamai demi kebaikan dua anak,” katanya.

Tambah Fasha dia mendapat hak penjagaan sepenuhnya manakala bekas suami boleh melawat dan bermalam dengan anak-anak atas persetujuan bersama.

Menurut Fasha, ramai pihak beranggapan dia dan bekas suami akan kembali hidup bersama.

“Ramai mendoakan ke arah itu, tetapi saya tidak bercadang untuk kembali kepada bekas suami. Cukuplah bersahabat demi anak,” katanya.

Sementara itu Rizal Ashram dalam kenyataannya di laman sosial Instagram menyifatkan bahawa keputusan yang diambil untuk menyelesaikan kemelut antaranya dan Fasha sebagai satu petunjuk dan hidayah.

“Alhamdullilah, Tuhan memberikan hidayah dan menunjukkan jalan terbaik,” tulisnya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.