Berita Terkini
recent

Faizal Tahir berentap lagi dalam MTV EMA

PENYANYI dan komposer Faizal Tahir, 38, teruja apabila namanya dicalonkan dalam acara berprestij Anugerah MTV EMA 2017 buat kali kedua.

Mengisi kategori Artis Asia Tenggara Terbaik, Faizal bersyukur kualiti kerjanya mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

“Sepanjang terbabit dalam dunia seni, saya tidak pernah meletakkan populariti dan trofi sebagai keutamaan. Apa yang lebih penting bagi saya adalah kualiti dan karya diterima ramai.

“Mampu menghadiahkan karya terbaik buat pendengar sudah cukup bagi saya. Apabila dicalonkan buat kali kedua dalam MTV EMA 2017, ia satu penghargaan besar dan sangat bermakna,” katanya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Asalamualaikum itu pernah tercalon dalam kategori sama pada 2015.

Bagaimanapun, Faizal tewas apabila anugerah itu menjadi milik artis dari Vietnam, Son Tung M-TP.

Artis lain yang turut tersenarai dalam kategori sama ialah Isyana Sarasvati (Indonesia), The Sam Willows (Singapura), Slot Machine (Thailand), James Reid (Filipina), Dam Vinh Hung (Vietnam) dan Palitchoke Ayanaputra (Thailand).

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.