Berita Terkini
recent

Ezlynn Dan Suami Sah Bercerai Talak Satu

Pastinya semua sudah sedia maklum dengan pergolakan rumah tangga Ezlynn dan suaminya baru-baru ini.

Terkini menurut Sinar Harian, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin telah sah bercerai talak satu bersama suaminya, Adam Fahmy.

Adam telah melafazkan cerai talak satu terhadap Ezlynn di hadapan Hakim Syarie, Noorbyetty Nasir pada jam 10.30 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pada 7 April yang lalu Ezlynn telah mengemukakan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) Kuala Lumpur 1984.

Antara lain, Ezlynn mengemukakan alasan bahawa tiada lagi persefahaman dan kasih sayang dalam rumah tangga mereka yang dibina pada 20 November 2011.

Pada prosiding itu, Ezlynn hadir ke mahkamah bersama peguam syarie Izyan Hazwani Ahmad manakala Ahmad Nazib Johari bertindak sebagai peguam syarie Adam Fahmy.

Menurut sumber juga, Ezlynn ketika ditemui oleh pihak media setelah selesai penceraian berkata dia berasa lega dan lebih tenang selepas kes cerainya selesai.

Sudah tertulis jodoh pasangan ini tidak panjang walaupun sudah enam tahun melayari bahtera perkahwinan.

Minggu lalu, Ezlynn ada berkongsi rasa kecewa dengan tindakan bekas suaminya itu yang bertindak seolah-olah memecah masuk dan merompak rumah mereka sendiri di akaun Instagram miliknya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.