Berita Terkini
recent

Ezlynn Berang Suami Ceroboh Rumah, Larikan Barang Berharga

Kediaman penyanyi Ezlynn, 38, diceroboh dan oleh suaminya sendiri iaitu Adam Fahmy Shamsudin, 38, pada Ahad lalu.



Memetik laporan mStar online, penyanyi yang cukup popular dengan Hi Hi Bye Bye itu terkejut kerana sebaik sahaja dia pulang, rumahnya tidak lagi mempunyai pagar dan semua barang berharga sudah tiada.

"Saya balik rumah untuk ini? Rumah saya tidak ada pagar lagi. Apa dah jadi dengan pagar! Barang hilang lagi.

"Kena rompak... aku kerja hari-hari penat cari duit kau ambil semua duit aku. Sekarang barang-barang semua kau ambil kau rosakan rumah.

"Kau memang jahat! Suami tak guna, kawan tak guna, pengurus tak guna. Menyesal aku kenal kau seumur hidup aku," kata Ezlynn.

Ezlynn memuat naik foto keadaan rumahnya di laman Instagram dan mendapat perhatian netizen. Menerusi entri tersebut, Ezlynn turut mendedahkan dia telah menanggung semua hutang-hutang suaminya.

..

Marah dan kesal dengan kelakuan Adam, Ezlynn berkata dia tidak akan menghalalkan duit yang telah diambil oleh lelaki tersebut.

"Kau buat... hutang aku tanggung semua. Aku diam kau naik kepala. Hutang tidak mahu bayar asyik bercuti saja. Kerja tidak mahu. Ya Allah kau perdengarkanlah hati aku ini ya Allah.

"Dengarkan doaku ya Allah. Tidak ku halalkan setitik pun keringat aku yang sesen pun duit aku yang kau ambil," ujarnya.

Terdahulu, rumah tangga pasangan suami isteri ini dilanda konflik sehingga memaksa Ezlynn memfailkan permohonan cerai cara baik terhadap suaminya mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984, pada 20 April lalu.

Bagaimanapun Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur menetapkan 23 Oktober depan untuk laporan hakam berhubung kes perceraian mereka selepas kedua-dua pihak tetap mahu meneruskan perceraian walaupun selepas melalui proses timbang tara.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.