Berita Terkini
recent

Erma lebih rasa mahu menikah

Tak tahu mahu kata apa. Nak tergelak atau simpati. Itulah cerita teman Cik Pang sewaktu dia berbual dengan pelakon dan pengarah Erma Fatima membabitkan majlis pertunangan adik kesayangannya, Betty Rahmad.

Berbual dengan Erma, teman Cik Pang memuji sikap Erma yang bersungguh-sungguh membuat persiapan untuk majlis pertunangan itu.

Ibaratnya kalau dilihat daripada laman Instagram rakaman video persiapan majlis dilakukan Erma, seperti mahu menikahkan anak sendiri.

Apabila berkata begitu, Erma dengan pantas mencelah dan berkata, kesungguhannya bukan seperti mahu menikahkan anak sendiri tetapi lebih kepada ‘feeling’ untuk bernikah sekali lagi.

Katanya, sekarang dia kembali sendiri dan apabila sibuk membuat persiapan majlis untuk Betty terasa seperti membuat persiapan untuk majlisnya sendiri.

Dalam bercerita itu, kata teman Cik Pang, dia nampak ada sayu dalam kata-kata diutarakan. Namun mengenali Erma, dia akan menjadikan perkara itu sebagai satu gurauan untuk digelak bersama teman sekeliling.

Dalam hal ini, apa yang Cik Pang boleh katakan, sabarlah Erma. Cuma kadang-kadang apa yang kita cakapkan itu boleh menjadi satu doa. Mana tahu gurauan Erma menjadi kenyataan. Kita tidak tahu soal jodoh kerana itu semua sudah ditentukan oleh-Nya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.