Berita Terkini
recent

Enggan swafoto, pelancong dipukul guna batu


Sepasang pelancong Switzerland diserang selepas menolak ketika diminta untuk swafoto oleh sekumpulan lelaki, Ahad lalu.

Menurut laporan SCMP, pasangan itu dihampiri kumpulan lelaki tersebut di sebuah stesen kereta api sebelum mereka meminta untuk berswafoto bersama pelancong wanita.

Berang permintaan mereka ditolak, kumpulan terbabit bertindak menyerang kedua-dua mangsa menggunakan batu.

Selepas membelasah mangsa, kesemua suspek melarikan diri dan orang ramai merakamkan gambar dan video kedua-dua mangsa terbaring kesakitan.

Susulan kejadian itu, pelancong lelaki mengalami keretakan di bahagian tempurung kepalanya manakala pasangannya patah tangan dan lebam di badan.

Pegawai Polis, Amit Pathak mengatakan, polis telah mengenal pasti sebahagian suspek.

"Sesetengahnya mungkin remaja jadi kami sedang mengesahkan perkara tersebut supaya mereka akan dibicarakan sebagai pesalah juvana," kata Amit.

Setakat ini, seorang suspek ditahan untuk membantu siasatan.

Motif serangan belum dikenal pasti dan pelancong telah diberikan amaran susulan serangan berunsur seksual berleluasa di sesetengah kawasan di India.

Kedutaan Switzerland antara yang memberikan amaran kepada rakyatnya yang melancong ke Agra, lokasi monumen popular Taj Mahal.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.