Berita Terkini
recent

Empat hari tayangan, Tombiruo kutip lebih RM2 juta

BARU empat hari ditayangkan namun kutipan filem Tombiruo sudah pun mendapat kutipan melebihi RM2 juta.

Pelakon, Zul Ariffin meluahkan rasa terharunya terhadap sokongan rakyat Malaysia terhadap filem tempatan menerusi video di laman Instagramnya.


"Assalamualaikum, saya baru diberitahu filem Tombiruo sudah mendapat kutipan RM2 juta dalam masa empat hari ditayangkan.


"Terima kasih atas sokongan korang semua yang pergi tonton filem ini dan juga saya dapat banyak komen positif daripada penonton.


"Teruskan menonton filem tempatan, jom kita tengok lagi," katanya.

Filem Tombiruo: Penunggu Rimba mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 12 Oktober lalu.

Filem ini mengenai Ejim, lelaki bertopeng yang digelar sebagai Tombiruo oleh penduduk di Sabah kerana menganggapnya sebagai penunggu rimba.

Kehadiran Tombiruo penuh misteri dan sering ditakuti serta dicaci oleh penduduk kampung.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.