Berita Terkini
recent

Elly Mazlein Nekad Tuntut Hak Anak

Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein nekad mempertahankan tuntutan nafkah terhadap anaknya Putri Sara Sefhia yang berusia setahun.

Memetik laporan mStar online, Elly berkata, dia bersikap 'keras hati' dalam isu tersebut dan mahu hak anaknya itu terpelihara.

"Saya keraskan hati tentang isu berkaitan tuntutan nafkah anak dan ini semua adalah hak anak saya.

"Jadi, kita ikut sahaja apa kata mahkamah dan saya tak mahu mengulas lebih-lebih tentang hal ini," katanya.

Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.

Dalam pada itu, Elly juga meluahkan rasa syukur kerana peminat dan rakan media mengambil berat tentang dirinya.
Powered by Blogger.