Berita Terkini
recent

Elfira Tak Mahu Layan Provokasi

Kemeriahan malis pertunangan pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi yang di dakwa umpama majlis perkahwinan sehingga kini masih menjadi bualan netizen.

Walaupun dikecam segelintir pihak namun bagi Elfira, dia tidak mahu terlalu ambil pusing kerana apa yang penting majlisnya telah selamat dilangsungkan pada Jumaat lalu

"Bagi saya, biarlah mereka hendak berkata apa pun mengenai majlis pertunangan kami, tempoh hari. Saya bersyukur kerana kami berdua sudah selamat ditunangkan.

"Mereka yang memperkatakan mengenai majlis terbabit dan dengan mudah menjatuhkan hukum pula sebenarnya terbukti tetap mengambil tahu mengenai perkembangan kami, biarpun kononnya mereka kata tidak peduli.

"Malah, saya juga sedar, tidak kurang pengikut di laman Instagram yang terang-terangan membuat provokasi dengan pertanyaan apakah saya sudah bernikah? Sedangkan sudah jelas ditulis, ia hanyalah majlis pertunangan," katanya seperti yang di laporkan BH online.

Tambahnya lagi, walaupun pada mulanya dia merancang sekadar mahu mengadakan majlis secara sederhana namun dia bersyukur kerana banyak pihak sudi menghulurkan kerjasama merealisasikan majlisnya.

Bukan sekadar mendapat tajaan beberapa pihak, malah majlis di kediaman keluarganya itu, juga menyaksikan dia dan Sufiab mengenakan dua pasang pakaian, selain bersanding di atas pelamin berhias cantik.

Pasangan ini dijangka berkahwin pada Mac tahun depan.

Powered by Blogger.