Berita Terkini
recent

Ed Sheeran tangguh konsert jelajah?

NAMPAKNYA penyanyi Ed Sheeran akan berehat sementara berikutan kecederaan dialami di kedua-dua belah tangannya itu setelah terlibat dengan kemalangan kecil sewaktu menunggang basikal, kelmarin.

Memahami kegusaran peminat-peminatnya, beliau menulis di laman Instagram miliknya bagi menjelaskan perkembangan terkini dirinya.



"Doktor mengesahkan tulang saya patah di pergelangan tangan kanan dan siku kiri menyebabkan saya tidak dapat meneruskan konsert 'live' saya untuk masa akan datang.


"Selain itu, sedih sekali untuk saya umumkan bahawa konsert jelajah saya di Taipei, Osaka,Seoul, Tokyo dan Hong Kong tidak dapat diteruskan," katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Perfect' itu kemudiannya menambah akan memberitahu sama ada konsert di tempat lain akan turut terganggu kerana kecederaannya itu.

"Saya kini tunggu untuk lihat proses penyembuhan sebelum membuat keputusan mengenai konsert jelajah di tempat lain.

"Nota: Ed tidak menaip kenyataan ini kerana kedua-dua tangannya tidak dapat digunakan buat masa sekarang," katanya.

Beliau dijadualkan untuk mengadakan konsert di Malaysia pada 14 November ini.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.