Berita Terkini
recent

Ed Sheeran cedera ketika berbasikal

PENYANYI, Ed Sheeran dilaporkan terlibat dalam kemalangan kecil ketika dia berbasikal lapor CNN.

Sheeran yang turut popular dengan lagu 'Perfect' turut berkongsi gambar tangannya yang berbalut itu menerusi laman Instagram miliknya.



"Saya terlibat dengan sedikit kemalangan kecil dan kini sedang menunggu mendapatkan rawatan yang mungkin akan mengganggu jadual saya akan datang.

"Sebarang perkembangan akan diberitahu," tulisnya.

Dia kini sedang sibuk dengan konsert jelajahnya antarabangsanya bermula di Taiwan pada 22 Oktober kelak dan akan berada di Malaysia pada November depan.

Sebagai seorang guitaris, kecederaan di tangan tentunya menyukarkan dia untuk bermain gitar.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.