Berita Terkini
recent

Dulu Pejabat Kami Hanya Dalam Kabin

Syarikat pembekal perkhidmatan terkemuka di industri Minyak & Gas di Malaysia, Pioneer Engineering Sdn Bhd (PESB), baru-baru ini mengadakan majlis makan malam sempena sambutan ulang tahun dua dekad.

Selain dimeriahkan dengan kakitangan syarikat berkenaan turut hadir ialah ahli keluarga pengasas PESB dari Paka, Terengganu termasuk pengerusi Fazli Hazami Abdul Rahman dan pengarah Salmiah Abdul Rahman.

Ketua Pegawai Eksekutif PESB, Gunalan Gingan berkata, pada masa akan datang PESB merancang meneroka daripada minyak dan gas untuk padang rumput yang lebih hijau, khususnya untuk sektor tenaga hijau. Selain itu, pihaknya tetap memastikan soal keselamatan dan kebajikan pekerja sebagai keutaaman terhadap projek-projek yang dijalankan.

"Kami akan memastikan kebajikan kakitangan kami adalah yang terbaik dan kami akan berusaha memberikan pengurusan yang lebih baik,"katanya.

Pada majlis tersebut juga menyaksikan pelancaran buku meja kopi yang menghimpukan sejarah mengenai syarikat itu sepanjang 20 tahun.

Mula ditubuhkan telah pada tahun 1997, di Paka, Terengganu, (PESB) diasaskan oleh Hazami Abd Rahman. Asal usul syarikat ini bermula di pejabat kabin sebagai subkontraktor untuk syarikat lain yang lebih besar.

Syarikat itu mula berkembang pada tahun 2010, di bawah pimpinan Rahimi Abd Rahman, dan telah sejak menjadi sebuah syarikat dengan pendapatan stabil rata-rata RM100 juta sejak itu.

Hari ini, PESB kekal sebagai salah satu syarikat pembekal minyak & Gas yang dipercayai di dalam negara juga di peringkat antarabangsa.

Powered by Blogger.