Berita Terkini
recent

Dua Amir Terpaksa Gigit Jari

Penyanyi Amir Jahari atau Amir J dan Amir Masdi yang berhajat untuk ke pentas akhir AF Megastar nampaknya terpaksa gigit jari apabila mereka diumumkan terkeluar dalam pertandingan itu peringkat separuh akhir pada malam Ahad.

Kegagalan itu telah membuka peluang kepada lima peserta lain untuk beraksi di Royal Theater, di sini minggu depan iaitu Idayu, Syamel, Bob, Marsha dan Shahir. 

Amir J membawa lagu  nyanyian asal Ismail Izzani, Sabar dan Kenangan Terindah bergandingan dengan Bam (Samsons).

Amir  Masdi pula menyampaikan lagu Kullul Hubbi nyanyian asal Faizal Tahir, Aizat, Noh dan Mu’adz serta lagu duet bersama Siti Nordiana, Dirgahayu.

Mereka mendapat markah paling rendah iaitu 21.1 peratus untuk Amir Masdi manakala Amir Jahari pula 26 peratus.

Sebanyak 60 peratus undian daripada juri manakala 40 peratus markah lagi dilakukan secara undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh penonton.

Tiga juri yang terlibat untuk konsert minggu ini ialah Datuk Ramli MS, Syafinaz Selamat dan Datuk M. Nasir.

Tema untuk minggu separuh akhir ini ialah duet dan carta hit.

Idayu  menyampaikan lagu nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza iaitu Segala Perasaan dan lagu duet Kerna Ku Sanggup bergandingan dengan Azharina.

Dia mendapat markah paling tinggi iaitu sebanyak 59.1 peratus dan memenangi juara mingguan.
Manakala Bob ditempat kedua iaitu 55.5 peratus dan Marsha memperoleh 53.4 peratus.
AF Megastar disiarkan menerusi Astro Ria dan Ria HD pada pukul 9 malam.

Juara pertandingan itu bakal membawa pulang wang tunai RM100,000.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.