Berita Terkini
recent

“Doktor Berlakon Gagap, Itu Sebabnya” – Faezah Elai

AKTRES Faezah Elai menjelaskan drama arahan suaminya iaitu Heykal Hanafiah berjudul Titian Cinta yang menjadi pertikaian kerana dialog seorang doktor, menggunakan khidmat pegawai perubatan sebenar.

Faezah berkata, terdapat kesilapan teknikal apabila pihaknya terlepas pandang dengan mengambil dialog yang tidak sepatutnya menyebabkan netizen mula menghentam kononnya mereka tidak membuat kajian mengenai terma perubatan yang harus dituturkan.

Katanya, mereka menggunakan khidmat doktor bertauliah bagi memastikan dialog yang betul namun pegawai perubatan itu menghadapi masalah untuk berlakon disebabkan tiada pengalaman sehingga pengarah terpaksa melakukan beberapa kali rakaman semula.

"Selalunya saya tidak pernah ambil peduli netizen hentam orang, nama pun netizen. Di sini saya siarkan (video sebenar) babak sepatutnya keluar. Disebabkan kesilapan suntingan, babak yang silap pula diambil.

"Babak ini banyak kali take (diulang buat) sebab yang perempuan bertudung itu adalah doktor sebenar bukan pelakon extra (tambahan) ia disebabkan pengarah mahu mendapatkan fakta yang betul. Saya tidak salahkan dia (doktor) sebab mestilah gagap tiba-tiba kena berlakon dengan Zul Ariffin," ujarnya menerusi laman sosial Facebook.

Faezah mengulas kritikan seorang doktor yang mempersoalkan dialog dalam drama Titian Cinta sehingga menjadi perbalahan sesama netizen.

Adegan itu merupakan perbualan watak utama, Haris iaitu Zul Ariffin yang sedang menerima maklumat daripada doktor berkaitan keadaan kesihatan isterinya.

Dialog dan istilah perubatan yang menjadi kecaman adalah: “Kami terpaksa buang rahim kiri isteri encik” sedangkan rahim wanita hanyalah satu tiada kiri atau kanan.

Sementara itu, Faezah  berkata, kenyataan yang diberikannya bukan untuk menegakkan benang yang basah, sebaliknya menerangkan situasi sebenar, apa yang berlaku.

"Janganlah cakap drama ini tidak buat kajian macam drama Korea atau Hong Kong, cerita ini bukan tentang perubatan. Apa yang cuba disampaikan ialah perempuan itu tidak boleh mengandung.

"Kalau Hollywood bagi cerita tidak masuk akal, kena tembak di dada tapi boleh jalan lima kilometer tiada pula mana-mana doktor hentam," ujarnya.

Dalam pada itu, aktres itu berkata, dia tidak terlibat dalam drama berkenaan, namun pengarah drama yang menjadi viral itu merupakan suaminya.

Drama Titian Cinta dibarisi pelakon seperti Zul Ariffin, Farah Nabilah dan Daler Yusof yang bersiaran di slot Akasia pada pukul 7 malam di TV3.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.