Berita Terkini
recent

Dituduh Jalin Hubungan Sejenis Gara-gara Potongan Kuku

Baru-baru ini nama penyanyi Sunmi menjadi bahan bualan hangat netizen Korea. Bekas anggota Wonder Girls ini dituduh menjalinkan hubungan intim dengan kaum sesama jenis.

Dakwaan tersebut timbul gara-gara beberapa foto Sunmi yang tersebar di laman forum. Menerusi gambar tersebut, Sunmi dipercayai telah memotong kukunya menjadi sangat pendek.

Lantas bentuk potongan kukunya itu dicurigai sekaligus didakwa sebagai mengambarkan identiti dia seorang lesbian. Ini kerana, rata-rata artis K-Pop wanita kebiasaannya mempunyai bentuk kuku yang panjang dan sihat, malah ramai antara mereka suka memakai pewarna kuku atau stiker.

Menyedari dirinya menjadi bahan bualan netizen, idola berusia 25 tahun ini terus memuat naik posting berserta foto menerusi akaun Instagram miliknya. Pada foto tersebut, pelantun hits 'Gashina' itu sengaja menayangkan jari-jemarinya.

"Apakah yang salah dengan kuku saya? Ha ha ha," soalnya.

..

Tidak beberapa lama kemudian pihak pengurusannya iaitu Make Us Entertainment turut menyangkal gosip itu dan menasihati Sunmi supaya tidak terlalu memperdulikan apatahlagi memikirkan dakwaan tersebut.

"Kami tidak terlalu memikirkannya. Kami menganggap gosip itu sebagai rasa kasih sayang yang meluap-luap daripada peminat terhadap Sunmi," tegas pihak manajemen.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.