Berita Terkini
recent

Dituduh Buat Video Lucah, Eyka Farhana Buat Laporan Polis

Susulan kes tuduhan dalam sebuah video lucah, Eyka Farhana kini tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang, Jumaat lalu.

Pelakon yang namanya dikenali menerusi filem Juvana 1 dan 2 itu terkejut sebaik sahaja menyedari ada individu menuduh dirinya membuat perkara tidah senonoh seperti yang telah digembar-gemburkan.

Namun, Eyka menafikan dan bertegas itu bukanlah dirinya.

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Eyka, dilihat dia ada memuatnaik satu gambar menunjukkan laporan polis yang dibuat.

“Kepada mereka yang menularkan video lucah dan menggunakan nama Eyka, anda kini dalam pemerhatian polis. Begitu juga kepada netizen yang menghantar mesej mengatakan punya bukti mengatakan wanita dalam video terbabit adalah Eyka.

“Mungkin sebelum ini mereka terlepas tetapi Eyka benar-benar berharap pihak @pdrm_official dapat menahan si pelaku. Agar ia menjadi pengajaran supaya tidak mengaibkan orang lain terutama wanita sewenang-wenangnya. Disini Eyka menuntut keadilan,” tulisnya di Instagram.

Perkongsian itu telah menerima lebih daripada 16,000 likes. Ruangan komen di instagram juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya.

Tambah Eyka, walaupun wanita di dalam video itu bukan dirinya, tetapi apa yang berlaku sangat memalukan sekali gus mencemar nama baik dia dan keluarga.

“Eyka tidak pernah main-main dengan perkara membabitkan maruah. Orang mungkin nampak perkara ini remeh malah ada yang mempersendakan. Maruah eyka dan keluarga adalah perkara yang sangat Eyka junjung.

Dalam masa sama, Eyka turut menyerahkan gambar paparan skrin komen diberikan netizen yang mendakwa mereka mempunyai bukti mengatakan wanita di dalam video itu adalah dirinya.
“Walaupun anda sudah memadamkan mesej terbabit Eyka sempat screenshot dan menyerahkan kepada pihak polis. Eyka benar-benar mahu orang yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara terkutuk ini menerima hukuman sewajarnya,” katanya.

Kejadian ini dikatakan telah berlaku pada bulan Julai yang lalu dan tujuannya membuat laporan adalah untuk mengelakkan pihak lain menjadi mangsa penipuan dan pengajaran buat wanita lain.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.