Berita Terkini
recent

"Ditolak Mentah-mentah Kerana Kulit Gelap"

Pelakon dan model Indonesia, Aurelie Moeremans pernah melalui pengalaman pahit ketika mula-mula mahu membina kariernya di industri hiburan negaranya.

Memetik laporan Detik.com, gadis berusia 24 tahun ini mendedahkan dia pernah melalui nasib beberapa kali ditolak oleh pihak produksi ketika di sesi ujibakat gara-gara dia berkulit gelap.

"Jatuh bangun, apa ya saya pernah beberapa kali ditolak ketika datang untuk ujibakat,"

"Macam-macam alasan yang pihak produksi berikan seperti gara-gara bahasa, ada yang gara-gara warna kulit.

"Ketika itu saya datang ujibakat untuk satu iklan. Kemudian ada seorang menghampiri dan bertanya, 'Mahu casting buat apa?' 'Oh ini', 'Oh tidak kita tidak terima, pulang saja deh', 'Kita cari yang putih. Saya ditolak mentah-mentah seperti itu," jelasnya bintang filem Jomblo Reboot ini.

Walaupun pernah mengalami pengalaman pahit dalam perjalanan kariernya, Aurelie menganggap semua itu sebuah pelajaran dan proses kematangan.

Tidak hanya pengalaman duka yang dialami malah banyak pengalaman yang membuat dirinya tetap bertahan sehingga sekarang.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.