Berita Terkini
recent

Dilema Girls' Generation

Annyeonghaseyo!!! Satu demi satu kumpulan penyanyi wanita Korea Selatan berpecah. Selepas 2NE1, Girls’ Generation pula kehilangan anggota apabila Tiffany, Sooyoung dan Seohyun memutuskan tidak memperbaharui kontrak.

Berita itu cukup mengejutkan pengikut setia kumpulan itu. Apa tidaknya, kumpulan itu tampil dengan album baru tahun ini.

Hanya Taeyeon, Hyoyeon, Sunny, Yoona dan Yuri yang memperbaharui kontrak bersama SM Entertainment. Bagaimanapun, setakat ini belum ada perbincangan untuk membubarkan Girls’ Generation.

Menurut wakil agensi berkenaan, masa depan kumpulan berkenaan masih dalam pertimbangan.

“Anggota yang masih kekal bertahan tidak terfikir pun untuk kumpulan ini. Girls’ Generation sangat berharga buat syarikat dan juga peminat.

“Bagaimanapun, apabila ada anggota yang menamat­kan kontrak mereka, kami akan mempertimbangkan hala tuju kumpulan ini. Kami akan lebih mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

Khabar angin mengenai kontrak kumpulan itu bakal berakhir pada penghujung 2017 sudah lama menjadi bualan. Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi mahupun pengakuan mengenai ada anggota yang akan keluar.

Menurut satu sumber, tiga anggota yang keluar mengambil keputusan itu kerana mahu fokus pada kerjaya lakonan.

“Mereka sebenarnya sudah berfikir masak-masak mengenai pembaharuan kontrak itu. Mereka memutuskan untuk memulakan pengembaraan baru selain mahu cabaran berbeza,” katanya.

Tiffany dikatakan sudah lama mahu mengundur diri. Dia dilihat menghabiskan masa di Amerika Syarikat (AS) dan pernah berkongsi impiannya mahu menembusi pasaran negara itu.

Seohyun pula sibuk dengan aktiviti pementasan teater muzikal, program TV dan drama. Sementara, Sooyoung terikat dengan jadual penggambaran filem termasuk Man Who Sets The Table.
Powered by Blogger.