Berita Terkini
recent

Dilamar ahli Perniagaan, Emma Maembong Akui Kini Solo

Baru dikatakan putus dengan dengan Kamal, Emma Maembong kini telah mengejutkan ramai apabila telah didakwa menjalin hubungan dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Salim Rahman.

Lebih mengejutkan, Emma dikatakan sudah dilamar Salim setelah mengenali ahli perniagaan terbabit beberapa bulan yang lalu.

Bagaimanapun, Emma tampil menjelaskan bahawa dia dan ahli perniagaan itu tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

“Rasanya, saya sudah berterus terang yang saya tidak terikat dengan sesiapa buat masa ini. Jadi, saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa saja. Saya tidak memandang status atau paras rupa, namun budi pekerti saja.

Malah, Emma berkata berhak menjalin persahabatan dengan mana-mana pihak memandangkan dia kini sudah solo. Emma juga dengan tegas berkata tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan bersedia berkawan dengan sesiapa sahaja.

Dalam masa sama, Emma menegaskan supaya tidak mensensasikan kontroversi ini. Lebih-lebih lagi dia baru sahaja putus dengan Kamal Adli.

Kini, Emma juga berkata lebih terbuka untuk mengenali mana-mana jejaka yang ingin berkenalan.
Emma diminta sebuah portal mengulas mengenai orang ketiga dalam hubungan mereka, namun aktres itu berkata enggan lagi untuk masuk campur.

“Cukup kenyataan yang saya beri sebelum ini. Selebihnya, saya serahkan kepada pihak terbabit untuk menyelesaikan perkara ini.”katanya.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Embong, 25, berkata lebih baik dia berdiam diri kerana tidak mahu memanjangkan kemelut ini lagi.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.