Berita Terkini
recent

Dikritik netizen: Afifah tak ambil pusing

BARU sahaja reda kontroversi bersama Aliff Aziz, nama Afifah Nasir kembali diperkatakan selepas dia dikatakan menyindir penampilan isteri Aliff, Bella Astillah bulan lalu.

Sindiran itu secara tidak langsung membuatkan Afifah kembali dicemuh peminat, namun adik kepada Anzalna ini enggan cepat melatah.




"Kalau ikutkan isu ini dah selesai kerana saya sendiri hantar mesej kepada Bella dan jelaskan perkara sebenar.

"Lagipun saya tidak berniat menyindir sesiapa dan saya sendiri sudah move on dari kontroversi yang pernah melanda kami," katanya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Skrin 2017, baru-baru ini.

Pelakon utama Izinkan Aku Mencintaimu itu dikecam netizen apabila memuat naik tanda pagar #GentingjebukanLondon #takpaytahpakaitebal2sis bulan lalu yang didakwa menyindir Bella ketika bercuti di Genting Highlands.



Tambah gadis berusia 24 tahun ini, dia enggan ambil pusing dengan apa yang diperkatakan netizen dan rasa bertuah kerana mendapat sokongan berterusan daripada keluarga, kekasih dan peminatnya.

“Saya tidak kisah apa orang nak cakap sebab bukan mereka yang bagi saya makan. Saya akan tetap teruskan kerjaya lakonan saya selagi ada tawaran.

"Alhamdulillah selepas sidang media lalu, semuanya okay sahaja dan kalau ada yang jumpa saya di luar, mereka bertegur sapa dengan saya secara baik dan ada yang memberi kata-kata semangat kepada saya.

"Lagipun kita tidak boleh tutup mulut orang dan saya sendiri banyak belajar daripada kontroversi tersebut. Insya ALLAH saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang," ujarnya yang kini sibuk dengan penggambaran Syurga Yang Kedua.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kewujudan akaun Facebook yang menggunakan namanya, Afifah berkata, dia tidak merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut kerana dia berpendapat tiada keperluan untuknya berbuat sedemikian.

"Sebelum ini saya pernah maklumkan bahawa akaun Facebook itu bukan di buat oleh saya. Tetapi sehingga kini akaun tersebut masih wujud dan sering memuat naik posting berbaur provokasi dan memburukkan saya, tapi tak ambil tindakan dan malas hendak memperbesarkan perkara ini," jelasnya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.