Berita Terkini
recent

'Dia ada hantar mesej'

AHLI perniagaan berpangkat Datuk yang didakwa menipu pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membabitkan RM100,000 tampil menghubungi pelakon itu tiga hari lalu.

Aeril berkata, dia mendapat mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada Datuk itu selepas membuat laporan polis dan memuat naik status di laman Instagram miliknya.

"Dia menghantar mesej bertulis, ‘segala kebenaran akan terjawab tidak lama lagi’. Saya tidak faham dan kurang jelas dengan apa yang dimaksudkannya.

“Saya kemudian membalas mesej itu dan mengajak dia untuk berjumpa, tetapi dia tidak memberikan sebarang maklum balas. Saya berharap dapat berjumpa dengannya bagi menyelesaikan masalah ini," katanya kepada Harian Metro.

Aeril berkata, dia tidak berniat memalukan individu itu dengan memuat naik gambar di Instagram sebaliknya ingin menuntut haknya.

"Jumlah RM100,000 bukannya sikit. Jadi, saya memang tetap berjuang mendapatkan semula wang saya. Saya ajak berjumpa supaya masalah ini dapat diselesaikan segera.

"Saya faham ketika ini dia mungkin ada masalah dan kalau minta sekali gus pun bukannya dia boleh bagi. Dapat separuh dulu pun okay. Saya hanya inginkan wang dan hak saya semula. Saya harap dia pun faham situasi saya," katanya.

Terdahulu, pada 1 Oktober lalu Aeril dan Wawa membuat laporan polis terhadap seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang didakwa menipu mereka sebanyak RM100,000.

Menerusi laporan itu, Aeril mendakwa wang itu diserahkan secara tunai kepada lelaki itu pada Mac tahun lalu bagi tujuan menghasilkan produk minyak wangi.

Menurut Aeril, sepanjang 19 bulan dia sudah berusaha menghubungi dan menghantar mesej kepada lelaki berkenaan tetapi gagal.

Selain Aeril dan Wawa, pelakon Rozita Che Wan turut menjadi mangsa tipu lelaki itu apabila kerugian RM50,000.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.