Berita Terkini
recent

'Di luar dugaan saya'

Selamat disatukan bersama insan tercinta, bekas juara program Mentor musim keempat, Mohd Izwan Mohd Nor atau Mohd, 29, tidak me–nyangka majlis perkahwinannya ditaja banyak pihak.

Tanggal 14 Oktober lalu, Mohd sah bergelar suami kepada Nurul Asyiqin Zaidi, 24.

Berkongsi perasaannya mengenai tajaan yang diterima, Mohd berkata, ia di luar jangkaannya dan sangat bersyukur.

“Saya tidak pernah terfikir untuk meminta tajaan daripada mana-mana pihak. Semuanya berlaku ketika saya mengadakan persembahan pada festival kerja kahwin.


“Ketika itu saya memaklumkan akan berkahwin. Tak lama kemudian, ramai menghubungi saya dan menyatakan hasrat untuk menaja,” katanya.

Mohd menyunting Nurul sebagai isteri selepas empat tahun berkenalan. Pasangan ini bertunang tahun lalu.

“Alhamdulillah perjalanan hubungan kami dipermudahkan. Saya menerimanya kerana dia seorang yang berfikiran terbuka dan memahami kerjaya sebagai artis.

“Dia tidak cemburu melihat saya bergambar dengan peminat wanita,” katanya.

Menurut Mohd, majlis bertandang bakal diadakan di Ulu Tiram, Johor pada Disember depan.

Menurut Mohd, dia tiada pilihan memandangkan jadual kerjanya terlalu padat.

“Ikut perancangan asal kami mahu bernikah pada hari lahir saya iaitu 8 Oktober. Bagaimanapun, dewan yang kami mahu sudah penuh, jadi terpaksa ditunda seminggu kemudian.

“Begitu juga dengan majlis sebelah lelaki, ikutkan mahu buat lebih awal tetapi apakan daya jadual kerja saya penuh hingga hujung tahun ini.

“Insya-Allah selepas majlis bertandang, saya akan bawa isteri ke Seoul untuk berbulan madu,” katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.