Berita Terkini
recent

Demi Lovato Akhirnya Jawab Isu Seksualiti

Selepas beberapa tahun berdiam diri dan membiarkan netizen memperkatakan tentang seksualiti dirinya, bintang Demi Lovato, 25, akhirnya bersuara.

Meskipun sebelum ini, dia menjalinkan hubungan dengan lelaki - bermula dengan Joe Jonas, dan kemudian dia menghabiskan masa selama enam tahun Wilmer Valderrama, namun ada banyak spekulasi tentang perasaan Demi terhadap kaum sejenisnya.

Spekulasi tambah kukuh selepas dia melancarkan single bertajuk Cool for the Summer, pada tahun 2015

Menerusi lirik berbunyi, "Memiliki ceri untuk ceri, saya hanya perlu mengambil gigitan," - membuatkan netizen semakin tertanya-tanya akan seksual penyanyi ini

Tambah ketara, sekitar bulan lalu dia dilihat kelihatan cantik dan gembira sambil berpegangan tangan dengan seorang DJ bernama Lauren Abedini.

"Saya suka siapa yang saya cintai. Saya rasa ia tiada berkaitan dengan muzik saya." '

"Saya berdiri untuk perkara-perkara yang saya percaya dan perkara-perkara yang saya sukai. Tetapi saya ingin menjaga kehidupan peribadi saya sebagai peribadi terutama tentang dan seksualiti dan semua perkara itu kerana ia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan muzik saya. "

"Saya hanya merasakan semua orang sentiasa mencari tajuk dan mereka sentiasa mahukan majalah atau rancangan TV mereka atau apa sahaja untuk menjadi seksual," katanya.

Kenyataannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang merasakan dia harus lebih tegas mengenai perkara itu - jika dia benar-benar biseksual, dia harus bangga dan mengakuinya kepada umum

Sebagai respon, Demi menulis di Twitter miliknya,

"Hanya kerana saya menolak untuk menandakan diri saya demi tajuk utama tidak bermakna saya tidak akan berdiri untuk apa yang saya percaya."

Jika anda ingin tahu mengenai seksualiti saya, tonton dokumentari saya, tetapi saya tidak ada sesiapa pun."

Sebelum ini Demi mendedahkan bahawa dia menggunakan satu aplikasi dalam pencariannya untuk cinta dandia mencari sama ada seorang lelaki atau seorang wanita.

"Saya terbuka hubungan dengan manusia," jelasnya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.