Berita Terkini
recent

Dayang terus unggul

"Kemenangan ini sangat besar maknanya bagi saya, apatah lagi ia mengiktiraf hasil kerja penyanyi dan lagu dari rantau nusantara," kata Dayang Nurfaizah mengenai kemenangan besarnya di Anugerah Planet Muzik 2017 (APM201), Sabtu malam.

Dayang juga menyifatkan kemenangan dua anugerah utama kategori terbaik di majlis Anugerah Planet Muzik 2017 (APM2017) berlangsung di MES Theatre at Mediacorp, sebagai pembakar semangat untuk melebarkan bakat ke negara jiran.


Dayang mengungguli anugerah Artis Terbaik Wanita dan Lagu Terbaik Malaysia menerusi lagu yang turut menjadi juara di Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31), Lelaki Teragung.

Turut bersaing bersama Dayang dalam kategori Artis Terbaik Wanita penyanyi popular dari Indonesia, Isyana Sarasvati, Aisyah Aziz (Singapura) dan Raisa (Indonesia).

Bagi kategori Lagu Terbaik Malaysia turut bersaing dengan Lelaki Teragung, Jampi dendangan Hael Husaini, Dirghahayu (Faizal Tahir dan Datuk Siti Nurhaliza), Selamanya Cinta (Shila Amzah dan Alif Satar) dan Andainya Takdir (Anuar Zain).

Dayang bagaimanapun tidak dapat hadir ke APM 2017 kerana terikat dengan tuntutan kerja yang sudah dipersetujui lebih awal.

"Saya mengambil kesempatan atas kemenangan ini untuk merakamkan terima kasih kepada pihak juri di APM 2017 dalam menilai bakat dan karya yang saya ketengahkan.

"Saya turut dedikasikan kemenangan ini kepada semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung sehingga membolehkan saya mahupun lagu Lelaki Teragung mencapai banyak kejayaan di dalam mahupun luar negara," katanya.

Selain kategori Artis Terbaik Wanita dan Lagu Terbaik Malaysia, Dayang Nurfaizah turut tercalon dalam kategori lain iaitu Lagu Paling Popular dan Artis Paling Popular APM 2017.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.