Berita Terkini
recent

Dayana Roza Tiada Kawan?

KEBIASAANNYA selebriti akan menggunakan waktu terluang mereka dengan melancong ke lokasi menarik dalam dan luar negara.

Namun berlainan pula dengan pelakon Dayana Roza, 26, yang terpaksa melupakan hasrat bercuti kerana tidak mempunyai teman untuk diajak bersama.

"Sedih... Bila nak pergi bercuti, tak ada orang nak teman. Kawan-kawan semua sibuk bekerja, jadi terpaksalah lupakan niat untuk keluar melancong.

"Terpaksalah bercuti dalam Kuala Lumpur sahaja. Takkan nak pergi melancong seorang diri kan? Macam pelik pula!," katanya.

Pelakon drama Asam Pedas Untuk Dia ini turut memaklumkan dia menggunakan waktu terluang dengan mempersiapkan diri untuk projek lakonan akan datang.

Malah, Dayana berasakan ini peluang untuk dia memahami skrip dan watak lakonan yang bakal dijayakan.

"Saya baru habis penggambaran drama dan sekarang ni tengah mood bercuti. Waktu lapang begini saya akan gunakan untuk baca skrip dan fahami watak lakonan.

"Kalau bercuti pun, berjalan dekat-dekat sahaja. Lagi pun, ini waktu yang sesuai untuk saya selesaikan beberapa hal peribadi," katanya.

Bercakap mengenai karier lakonan, bekas peserta program Anak Wayang ini memaklumkan dia berpuas hati dengan pencapaiannya tahun ini.

Malah secara peribadi dia berasakan impiannya untuk bergelar pengacara sudah tercapai.
"Awal tahun lalu, saya ada letak target untuk jadi pengacara. Alhamdulillah, ia sudah menjadi realiti.
"Saya cintakan dunia lakonan, namun dalam masa yang sama mahu lebih serius dalam bidang pengacaraan," ujar pengacara rancangan Top 5 Makan ini.

Selain itu, Dayana bakal memulakan penggambaran drama berjudul Isteri Untuk Diiktiraf terbitan JS Pictures.

Drama arahan pengarah Jinggo itu turut dibintangi Elvina Mohamad, Redza Rosli, Janna Nick dan Shah Jaszle.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.