Berita Terkini
recent

‘Cukup Sampai Situ Je La, Saya Rasa Dah Tak Ada Jodoh’ – Emma Maembong

Baru-baru ini terdapat desas desus yang mengatakan bahawa hubungan kepada pasangan pelakon, Emma Maembong dan Kamal Adli sedang bergoyang akibat orang ketiga.

Terbaru menerusi satu sumber Emma memberitahu bahawa dia dan Kamal kini sudah tiada apa-apa lagi hubungan.
“Bagi saya memang la dia lelaki yang paling rapat dengan saya, lelaki yang saya kata saya tengah kenal lebih rapat tapi cukup sampai situ je lah. Saya rasa dah tak ada jodoh,saya rasa saya dah cukup kenal dia dan sampai situ je la kot,” ujar Emma kepada Berita Harian.

Mengulas lanjut tentang satu perkongsian gambar Kamal di Instagram bersama Emma dan di ruangan kapsyen pula Kamal menulis ‘Doakan yang baik-baik’, Emma berkata sebenarnya ada beberapa isu yang mereka cuba untuk perbaiki.

“Sebenarnya ada some issues yang kitorang cuba nak perbaikikan, baru nak post gambar, baru nak cakap minta maaf, baru nak cakap doa baik-baik tapi sebelum tu kenapa tak dari awal lagi bertindak macam tu.

“Bila saya dah macam ‘tak apa la it’s enough’ baru la dia nak datang,” jelas Emma lagi.
Namun begitu Emma berkata tidak salah untuk dia dan Kamal terus berkawan walaupun mereka sudah tidak bergelar pasangan kekasih.

“Bagi saya tak salah pun untuk saya dan dia masih berkawan. Jadi kalau kat luar sana orang nampak kitorang jumpa ke, saya tak nak bermusuh dengan siapa-siapa.

“Jadi kalau kita berkawan saya tak kisah tapi kalau untuk bercinta saya rasa tak kot,” kata pelakon yang memegang watak heroin dalam drama ‘Awak Sayang Saya tak’ ini.
Menurut Emma lagi, dia tidak menuduh siapa-siapa pun dalam keberantakan hubungannya bersama Kamal ini kerana baginya sebagai pasangan pelakon perlu ada sifat menyokong antara satu sama lain dalam karier dan tidak boleh ada rasa cemburu kerana ianya sudah menjadi lumrah sebagai pelakon yang akan digandingkan dengan sesiapa sahaja.

Jadi katanya lagi, tidak logik untuk dirinya berasa cemburu dan jika dia benar-benar cemburu kenapa tidak dari drama yang sebelum-sebelum ini lagi dia kaitkan Kamal dengan mana-mana perempuan.
“Kenapa baru sekarang saya nak bersuara,” ujar Emma.

Emma juga memberitahu kepada sumber lagi, jika dia terlibat dengan lakonan bersama mana-mana pelakon cukup hanya mereka berjumpa sewaktu bekerja sahaja dan tidak berjumpa selepas selesai bekerja.
Menurut pelakon berdarah kacukan ini, dia berkata Kamal ada keluar bersama pelakon wanita, Zahirah MacWilson selepas selesai penggambaran.

“Bila habis shooting dorang masih contact, pergi tengok movie sama-sama, pergi karaoke, keluar diam-diam tapi saya tak tahu.

“So bila saya tanya betul ke awak ada keluar dengan Zahirah, dia tak nak mengaku. Kenapa benda tu dirahsiakan?,” kata Emma lagi.

Namun begitu Emma berkata, Kamal dan Zahirah tidak keluar berdua sahaja malah berempat tetapi bagi Emma jika mereka tidak mempunyai apa-apa hubugan tidak salah untuk Kamal membawanya keluar bersama.

“Aik haritu kata tak ada sekarang kata ada,” katanya.

Bagi Emma pula, mungkin benar Zahirah dan Kamal tidak mempunyai apa-apa hubungan namun kalau benar hanya berkawan, Emma mempersoalkan perlu ke untuk menipu.

“Kalau kawan perlu ke tipu, perlu ke cakap tak pergi mana-mana dan bila dah kantoi baru nak minta maaf,”

Diharapkan setiap masalah yang sedang dihadapi pasangan ini dapat diselesaikan dengan baik.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.