Berita Terkini
recent

Comel! Aaisyah Ucap Tahniah Buat Datuk Siti

Sejak dua hari lalu di media sosial dipenuhi dengan entri mengenai berita kehamilan penyanyi kesayangan ramai iaitu Datuk Siti Nurhaliza.

Tidak hairanlah ramai yang menantikan saat-saat ini seperti mana yang diketahui umum Siti dan Datuk K sudah 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Ternyata mereka pasangan yang tabah bersama dan tidak putus asa berusaha untuk menimang cahaya mata sendiri.

Bila Kakigosip menjengah ke laman media sosial terutamanya Instagram, ramai rakan artis yang mengucapkan tahniah buat Siti termasuklah artis luar negara terutama Indonesia.

Namun, apa yang menarik untuk dikongsikan adalah ucapan tahniah daripada si comel ini, anak perempuan kepada pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana.

” Congrat Tok Ti @ctdk nak dapat baby,” katanya pelat. Comel betul !

Ruangan komen di Instagram Aaisyah juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikut di laman sosial yang begitu teruja dengan keletah dan meninggalkan komen yang agak mencuit hati.
Perkongsian video anak kepada aktres jelita itu telah menerima lebih daripada 180,000 tontonan. Rata-rata pengikutnya berkata Aaisyah terlajak comel.

Malah ada yang mengulang video itu beberapa kali.

Apa yang menarik, Siti juga telah mengulang siar video tersebut dan mendapat 570, 000 tontonan dengan mengucapkan terima kasih buat si comel itu. Siti juga sempat memuji Aaisyah seorang budak yang bijak.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.