Berita Terkini
recent

'Chipmunk pun Chipmunk lah!'

PENYANYI dan pelakon Nabila Razali, 25, pernah digelar 'Chipmunk' oleh netizen ketika bersaing di pentas Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) lalu.

Nabila, 25, atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali berkata, itu antara pengalaman pahit yang dilalui sebelum kerjaya seninya diterima peminat.


"Gelaran itu diberikan kerana mereka menganggap saya tidak boleh menyanyi, tetapi masih mampu kekal dalam persaingan setiap minggu hingga ke final.

“Malah, keluarga saya didakwa sebagai pengundi tetap yang menghantar undian paling banyak untuk kekalkan anak sendiri," katanya.

Nabila berkata, walaupun sedih dan terguris dengan gelaran itu serta tuduhan tidak berasas, dia tetap tabah dan menjadikannya sebagai pemangkin semangat.

“Walaupun digelar ‘Chipmunk’, kini saya bersyukur kerana dua single iaitu Cemburu dan Pematah Hati berjaya menambat hati pendengar muzik tempatan," katanya.

Nabila berkata, setiap kecaman dan kritikan pedas netizen itu sakit untuk diterima tetapi dia tidak mahu dianggap sebagai seorang yang berhati tisu pula.

“Saya tak bolehlah terus bersedih tanpa berusaha melakukan sesuatu,” katanya yang turut dikenali sebagai pelakon menerusi drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.