Berita Terkini
recent

Cheon Seong Moon Ikut Jejak Langkah Song Ji Hyo

ADIK kepada pelakon Song Ji Hyo iaitu Cheon Seong Moon mula mengikut jejak langkah kakaknya itu menjadi seorang pelakon.

Cheon Seong Moon bakal muncul dalam drama web bertajuk 29gram yag akan ditayangkan tidak lama lagi.

Menurut sumber dari agensi MyCOMPANY, Cheon Seong Moon sudah menandatangani kontrak dengan agensi tersebut pada awal tahun ini.

"Cheon Seong Moon sudah mengikat kontrak bersama kami pada awal tahun ini. Dia akan muncul dalam drama web, 29gram.

"Kami minta semua menyokong dan berminat untuk melihat dia sebagai bintang dalam drama tersebut," kata sumber menerusi Soompi.

Cheon Seong Moon juga bergandingan dengan Song Ji Hyo yang memegang watak utama dalam drama tersebut.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.