Berita Terkini
recent

Chanyeol (EXO) Beli Kostum 'Iron Man' RM49,000

ANGGOTA kumpulan EXO iaitu Chanyeol sanggup membelanjakan wang sebanyak AS$11,500 (RM49,000) demi memiliki kostum Iron Man untuk dipakai bagi meraikan parti Halloween pada akhir 31 Oktober ini.

Allkpop melaporkan Chanyeol membeli kostum itu pada September lalu dan peminat berjaya merakamkan dia mencuba kostum itu sebelum membuat pembelian.

Chanyeol dipercayai bakal mengenakan kostum itu pada majlis sambutan Halloween yang diadakan oleh syarikat pengurusannya, SMTOWN.

Ia acara tahunan yang diadakan oleh syarikat itu bagi mengumpulkan kesemua artis bawah naungan mereka yang tampil dengan pelbagai kostum menarik.

Acara itu juga sering dinantikan peminat bagi menilai artis manakah yang memakai kostum terbaik.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.