Berita Terkini
recent

Catalonia akan umum perpisahan dari Sepanyol

Pemerintah wilayah Catalonia mendakwa akan mengumumkan tarikh kemerdekaan wilayah berkenaan dari kerajaan Sepanyol, tidak lama lagi.

Berkata kepada BBC, Carles Puigdemont memberitahu semalam kerajaannya akan mula beroperasi 'akhir minggu ini atau pada minggu hadapan'.

Apabila ditanya apa tindakan beliau jika kerajaan Sepanyol campur tangan dan mengambil alih pemerintaan Catalonia, Carles menjawab 'ia akan menjadi satu kesilapan besar'.

Pada Ahad, satu referendum dan undian dibuat mengenai keputusan perpisahan Catalonia dari Sepanyol.


Hari yang sama, pusat undi diserbu oleh pihak berkuasa dan peti undi dirampas.

Kelmarin, lebih 700,000 orang awam membuat bantahan terhadap langkah kasar dan ganas kerajaan yang mencemarkan referendum berkenaan.

Terdapat laporan 900 orang awam cedera pada hari undian dibuat selepas polis didakwa menembak peluru getah dan memukul orang ramai dengan cota.

Sementara itu, media tempatan Catalonia mengatakan sebanyak 90 peratus undian mengundi kemerdekaan wilayah tersebut dari kerajaan pusat.

Ini bermakna berjuta-juta penduduk Catalonia mahukan kemerdekaan.

Susulan itu, Raja Sepanyol, King Felipe VI mengecam tindakan kerajaan tempatan Catalonia dan mendakwa undian tersebut 'tidak sah'.

Menurut laporan Dailymail, Usaha pemisahan Catalonia dari Sepanyol melalui politik sudah berlaku sejak sekian lama namun semakin kuat baru-baru ini.

BBC Sport melaporkan kelab bola sepak popular, FC Barcelona atau Barca  juga menyertai kumpulan protes pada kelmarin.

Catalonia merupakan wilayah Sepanyol yang kaya dengan budaya dan bahasanya sendiri, selain ibu negeri Sepanyol, Barcelona terletak di wilayah tersebut.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.