Berita Terkini
recent

Bunkface, Hujan, May Di Festival SoundValley

BUAT julung kalinya, 11 kumpulan muzik dari Malaysia, Indonesia, Jepun dan England bakal berkongsi pentas di Festival SoundValley.

Festival muzik ini akan berlangsung pada 11 dan 12 November depan anjuran Malaysia Automotive Institute (MAI) dengan kerjasama RSVP Media Sdn Bhd.

Selain itu, pameran permotoran terbesar di Malaysia juga diadakan bersama festival tersebut yang dijangka akan memberi nafas baru bagi peminat muzik dan permotoran.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari, kedua-dua acara ini digabungkan bagi menarik ramai lagi pengunjung pada tahun ini.

"Tahun ini, Malaysia Autoshow 2017 dijangka akan menarik lebih ramai pengunjung dengan lebih banyak aktiviti.

"Penganjuran Festival SoundValley adalah salah satu tarikan. Selain menghimpunkan peminat muzik dan permotoran dalam acara yang besar," kata Madani.

Peminat indie khususnya tidak harus melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat daripada Bloc Party (Uk), kumpulan indie tempatan iaitu Hujan dan Bunkface, band dari Indonesia, Barasuara dan The Otherside Orchestra akan beraksi pada 11 November.

Manakala pada 12 November peminat genre rock pastinya akan memenuhi pentas apabila band heavy mental terkenal iaitu Loudness akan beraksi buat kali kedua di Malaysia.

Tidak ketinggalan kumpulan Wings, May, Metalasia, Cassandra dan FiftyOne50  juga turut diberi ruang untuk beraksi di satu pentas yang sama.

Pameran permotoran dan festival muzik tersebut akan bermula pukul 2.30 petang hingga 11 .30 malam di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS).

Tiket sudah mula dijual pada 9 Oktober lalu dimana pembelian awal akan menikmati harga istimewa dengan hanya RM98 dan RM248 sehingga 18 Oktober ini. 

Untuk maklumat lanjut boleh ke laman Facebook SoundValley Festival 2017 dan Instagram @soundvalleyfestival.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.