Berita Terkini
recent

'Bukan sebab tak laku'

RESTORAN milik pelakon Rita Rudaini di Sunway Giza, Kota Damansara, Selangor terpaksa ditutup sejak Ramadan lalu berikutan komitmen kerjanya yang terlalu padat.

Rita berkata, restoran itu hanya sempat beroperasi selama setahun saja.


“Ia terpaksa ditutup kerana saya tidak dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap restoran itu. Ini kerana komitmen kerja dan jadual lakonan saya amat padat.

"Bagi saya, apabila membuka perniagaan restoran saya perlu berada di sana atau wakil ahli keluarga perlu memantaunya. Kalau harapkan orang luar untuk menjaga restoran itu agak susah,"katanya.

Rita mengakui dia sukar mempercayai orang luar untuk menguruskan restoran terbabit.

"Banyak masalah yang timbul sepanjang setahun menguruskan restoran itu. Bagaimanapun, itu perkara biasa kerana dalam setiap perniagaan pasti ada ujian dan masalah yang perlu saya hadapi,” katanya.

Bagaimanapun, Rita menafikan restoran berkenaan terpaksa ditutup kerana dia mengalami masalah kewangan atau kekurangan pelanggan.

Rita juga mengakui dia tidak sempat meraih keuntungan sepanjang tempoh restoran berkenaan beroperasi.

“Saya anggap ini semua pengalaman untuk saya," katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.