Berita Terkini
recent

‘Bukan Pergi Untuk Mabuk’ Elvina

Nama pelakon baru, Elvina kini semakin mendapat tempat di dalam industri hiburan tanah air dengan bakat lakonan yang dimiliki juga dilihat makin menyerlah.

Apabila bergelar selebriti, tidak dapat dinafikan setiap gerak geri dan perbuatan pasti akan mendapat tumpuan daripada netizen.

Terbaru menerusi satu sumber, Elvina dikatakan telah dilabel sebagai ‘kaki’ kelab’ kerana ada ada yang mengatakan sering melihat pelakon cantik ini berhibur di kelab-kelab malam.

Apabila pelakon cantik ini mendengar tentang tuduhan berkenaan dia terkejut. Namun begitu dia mengakui bahawa  pernah mengunjungi pusat hiburan.

“Saya mengaku pernah ke pusat hiburan tapi bukanlah setiap minggu seperti yang didakwa. Malah, kali terakhir saya pergi tiga bulan lalu,” katanya.

Kata Elvina lagi, jika seseorang itu merupakan kaki kelab sudah pasti mereka akan pergi ke pusat hiburan setiap hari dan dia memberitahu dia hanya pergi beberapa kali sahaja.

“Jadi, macam mana pula boleh kata saya seperti itu?,” soal Elvina kepada pihak membuat tuduhan itu kepadanya.
Elvina menerangkan lagi, kunjungannya ke pusat hiburan hanya untuk menyambut ulang tahun hari jadi salah seorang kakitangan di syarikat pengurusannya.
Pelakon ini turut memberitahu bahawa dia juga ditemani oleh rakan-rakan artis yang lain dan tidak pergi ke tempat itu berseorangan.

Terdahulu, Elvina pernah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di bahagian rahim pada penghujung September lalu.

Menurutnya lagi, dia berkata bahawa dirinya sekarang dalam tempoh berehat dan ini membuatkan Elvina dengan tegas berkata di dalam keadaannya sekarang ini mustahil dia akan pergi ke tempat tersebut.
Powered by Blogger.