Berita Terkini
recent

Bukan Lelaki Songsang!

Selepas penyebaran video lucah dikatakan mirip wajahnya di laman sembang Tumblr baru-baru ini, nama penyanyi Anding Indrawani sekali lagi terpalit dengan kontoversi kali ini dia di dakwa meminati kaum sejenis.

Memetik laporan Harian Metro, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2, bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut sekaligus menyifatkan ia tuduhan yang tidak masuk akal.

"Saya ingin tegaskan yang saya masih waras dan ini semua adalah fitnah. Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan saya lelaki songsang seperti yang didakwa segelintir pihak.

"Saya tidak akan sesekali melakukan perkara terkutuk itu. Saya juga tidak pernah membuat onar dengan mengambil video dan menyebarkannya," katanya.

Anding berkata, dia akan membuat laporan polis kerana ia membabitkan kredibiliti dan maruahnya.

"Saya bimbang kontroversi ini akan menjejaskan kerjaya saya kerana terdapat beberapa tawaran yang menanti.

"Tambahan pula, sudah banyak kali benda ini berlaku. Awal tahun ini, rakan saya pernah beritahu ada gambar lucah mirip saya juga. Sekarang ini video pula," katanya.

Terdahulu satu rakaman video tular menyaksikan individu menyerupai Anding dikatakan melakukan seks oral bersama seorang lelaki.

Video itu dikongsi menerusi laman sembang Tumblr dan menjadi bualan hangat netizen di Internet.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.